CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 11, 2011

Ramadhan 10 : Sebak dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang."
(An-Nahl : 18)


Dalam usaha untuk menghabiskan saki baki bihun sup yang ada.Dari semalam lagi,saya mengidam nak makan bihun sup dan Alhamdulillah Allah berikan kesempatan dan rezeki untuk saya merasa bihun sup tu malam ni.Lepas terawikh tadi,keluar pergi tengok2 kedai makan yang buka.Biasanya bulan2 puasa macam ni,penuh kedai2 makan tepi jalan tu.Masakan panas tak payah cakap la.Dengan colek buahnya lagi,keropok,kerang dan sebagainya,memang menjadi pilhan orang ramai lepas solat terawikh.Moreh kononnya.Dan rata2nya memang kaum Adam lah yang memonopoli semua kedai2 tu.Kita orang perempuan  yang tutup litup dengan jubah bagai ni segan pulak rasa nak pergi beli.Tapi alang2 dah keluar,saya turun jugak.Cari kedai yang tak ramai orang.Masa nak turun tu,tiba2 teringat la pulak maggi goreng.Langsung sahaja saya beli 2 bungkus,bihun sup dan maggi goreng.Nafsu tengah menggila kan masa tu,apa lagi yang nak dikata.Kat rumah kan ada opah dengan mama sama,insyaAllah boleh kot dihabiskan.

Balik2 rumah,opah dah tidur rupa-rupanya.Mama pulak memang jenis yang tak makan banyak.Alih2 by hook or by crook,saya kena habiskan seorang semua makanan tu.Mula2 makan maggi goreng.Alhamdulillah masih berselera.Kenyang.Berehat kejap.Harap2 ada ruang lagi untuk bihun sup masuk perut.Sejam lepas tu,nak tak nak,kena habiskan bihun sup tu sebab kalau simpan dalam peti ais pun,nanti nak makan dah tak sedap rasanya dan pasti akan buang jugak.Tak ke membazir macam tu.Jadi,daripada buang,baik saya makan kan.

Makan punya makan sampailah separuh.Dah tak larat tapi usahakan jugak untuk habiskan.Dalam usaha nak habiskan bihun sup tu,tiba2 saya rasa sebak.Sebak sebab saya mampu untuk beli dan miliki apa yang saya nak.Baru semalam saya mengidam,hari ni terus dapat.Tapi kalau orang lain?Maksud saya,mereka yang tak punya wang untuk makan apa yang mereka idamkan.Untuk berbuka puasa pun,ada yang hanya minum air kosong.Kalau nak berbuka sedap sikit macam ayam goreng,harus bekerja membanting tulang dahulu di bawah hujan panas,barulah dibayar upah lebih sikit dan boleh beli lauk yang sedap untuk orang2 di rumah makan.Tapi saya?Siang hari duduk rumah je.Bawah bumbung.Ada kipas,ada air cond.Kalau hujan,tak basah.Kalau panas,tak berpeluh.Nak makan apa?Bawak jer beg duit tu,insyaAllah akan dapat apa yang nak.Astaghfirullahalazim.Bukan tak bersyukur tapi lebih kepada memuhasabah diri.Agar tak terus hanyut dan lalai dengan rezeki yang Allah kurniakan.Kerana dalam setiap rezeki itu,ada juga hak milik orang lain.


"Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami..."
(Al-Imran : 147)


Semoga Allah ampuni saya atas sikap yang berlebihan ini.Moga ini satu peringatan buat saya agar tidak terlalu mengikut nafsu.Buat kalian juga insyaAllah.

p/s:kisah seorang hamba dengan Khaliqnya yang saya janjikan sebelum ini harus saya tangguhkan dahulu nampaknya.InsyaAllah,andai diizinkan,saya sambung ye.Sampai ketemu lagi!
~(>_____________________^)v~


1 comment:

Unknown said...

betul tu..
puasa mengajar kita untuk mengingati kesusahan mereka yang lain..